Entries About Linkies Tips Rules Facebook Twitter Asking Follow Home
Welcome


Assalamualaikum.Selamat datang ke blog cik moon.Perkongsian disini hanyalah berdasarkan pembacaan yang sudah sedia ada.Sekiranya terdapat kesilapan dalam nukilan saya ini,semoga anda dapat menegur saya.Sekiranya anda hendak berkongsi ilmu disini pun saya dengan berbesar hati mengizinkannya..

Tagboard



Old Entries


Credits



Template by Zahra & Jemima. Codes by
Fatin. Edit by Your Name. Image by WHI

Surat beranak hilang!Apa nak dibuatnya?



Assalamualaikum.

Hari ini cik moon  diberikan sedikit masa untuk berkongsi sedikit info kepada adik adik yang kehilangan surat beranak?Macam mana nak buat sekiranya surat beranak anda hilang.Nanti  kena tangkap polis ke sebab dianggap sebagai pendatang tanpa izin.
Hahah.Tak adalah adik.Bukannya sampai tahap macam itu pun.

Sekiranya dalam keluarga kita ada yang kehilangan surat beranak dan berhajat untuk buat yang baru,adik adik bolehlah mengajak ibu dan ayah adik pergi ke JABATAN PENDAFTARAN NEGARA di daerah adik.

Prosesnya tak adalah lama sangat.Tadi,cik moon buat tak sampai 2 jam pun.Jadi,adik tak payahlah nak risau sangat ya.Masa adik disana,benda pertama yang adik kena buat adalah ambil no giliran 
dahulu.Tapi,sebelum itu adik kena tanyalah kepada kaunter tu untuk dapatkan satu borang hijau untuk diisi.

*Borangnya berwarna hijau.
Apa maklumat yang diperlukan untuk mengisi borang ini.Ada beberapa bendalah yang adik kena tahu.Antaranya:
1.No ic ayah dan ibu adik
2.Nama ibu dan ayah.
3.Alamat rumah adik.
4.tempat kelahiran,daerah dan negeri kelahiran.
5.kalau ingat no pendaftaran dulu lagi baguslah.
6.Jangan lupa bawa salinan ic adik

Dah siap semua tu,nanti adik dikenakan bayaran sebanyak RM5.Murah kan .Tapi,duit terbang juga adik oi.Lepas tu,cik moon disuruh tunggu sebentar oleh kerani disitu.
Tidak sampai 20 minit,nama cik moon dipanggil dan Alhamdulillah cik moon dah dapat surat beranak yang baru.

Itu sahaja perkongsian yang ingin cik moon sampaikan.Jangan gelabah dan takut.(Masa pergi sana pun sebenarnya kaki depa dah gigil gigil.).Sekian.Assalamualaikum.


? Newer Post
Older Post ?


Older Post ?