Entries About Linkies Tips Rules Facebook Twitter Asking Follow Home
Welcome


Assalamualaikum.Selamat datang ke blog cik moon.Perkongsian disini hanyalah berdasarkan pembacaan yang sudah sedia ada.Sekiranya terdapat kesilapan dalam nukilan saya ini,semoga anda dapat menegur saya.Sekiranya anda hendak berkongsi ilmu disini pun saya dengan berbesar hati mengizinkannya..

Tagboard



Old Entries


Credits



Template by Zahra & Jemima. Codes by
Fatin. Edit by Your Name. Image by WHI

Hikmah disebalik ujian.


"Adik bukanlah orang yang baik.Solat pun tidak cukup.Kadang kadang adalah penuh 5 waktu tetapi selalu ada lopang lopang.Tapi,adik tetap sayang Allah.Walaupun ada orang cakap yang adik ni jahat dengan Allah tetapi adik percaya yang Allah sayangkan adik.Kenapa semua orang tuduh adik macam itu.Sekarang ni apabila adik cuba nak merubah ke arah kebaikan,ramai yang mengkritik adik.Cik moon,kenapa tiada orang yang sayangkan adik?".

Sedih apabila membaca kisah adik ini.hurm..Cik moon gelarkan awak adik sahajalah.ok.Apa yang cuba miss moon sampaikan ini diharapkan dapat membantu adik ini.

Adik yang akak kasihi,
Dalam hidup ini bohonglah kalau akak cakap yang Allah takkan bagi ujian bagi hamba dia sendiri.Ada ayat didalm al quran menyebutkan tentang ujian yang akan diadapi manusia.

"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami Telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?" (Al-Quran Surat Al-Ankabuut Ayat 2) 

Adik.Pada awalnya mungkin adik dah tersasar jauh daripada Allah tapi alhamdulillah Allah menjentik hati adik agar adik cuba menjadi lebih baik.Akak bukanlah bijak dalam hal macam ini tetapi akak cuba sebaik mungkin untuk mambantu adik.

Adik yang akak kasihi,
Ujian yang mendatang kepada adik itu adalah suatu simbolik tentang cintanya Allah kepada adik..Lebih kurang macam signal untuk adiklah.Beruntung tau adik ni sebenarnya.Mungkin ramai orang yang benci adik,kutuk sana sini,hina adik dan pinggirkan adik.Adik pun terasa kesepian.Tetapi kan adik,ada suatu tempat yang mana kalau adik cakaplah apa sahaja .PendengarNYA akan dengar apa sahaja yang adik cuba nak sampaikan.DIA sangat memahami adik.Tempat itu adalah didalam 
solat.Bila adik dah konsisten dalam solat,In Sha Allah, Allah akan sentiasa akan menenangkan hati adik.

Jadi,untuk adik yang akak sayangi ini..Janganlah adik mengalah setakat ini sahaja.Jadikan segala cacian manusia itu sebagai pembakar untuk adik menjadi insan yang kuat.Insan yang diredhai Allah.Dan untuk kawan kawan yang ada diluar sana,kadang kadang apa yang kita cakapkan ini akan meyebabkan seseorang itu jauh lagi daripada Allah.kalau dia ada buat salah,awak sebagai kawan dia kena tolong dia tau.

Nasihat ini bukan untuk awak sahaja,tapi untuk cik moon juga.Dan alhamdulillah sekarang ni akak tengok adik dah makin dekat dengan Allah.Syukur sangat sangat.Akak harap sangat yang Allah akan sayang akak juga.Amin.

Nasihat hari ini:

Janganlah kita memandang setiap apa yang kita lalui itu sebagai musibah.Jadikan ia sebagai kapsul untuk kita menjadi manusia yang kuat.Sekiranya kita berasa lemah,ingat yang Allah ada selalu dengan kita semua.






? Newer Post
Older Post ?


Older Post ?