Entries About Linkies Tips Rules Facebook Twitter Asking Follow Home
Welcome


Assalamualaikum.Selamat datang ke blog cik moon.Perkongsian disini hanyalah berdasarkan pembacaan yang sudah sedia ada.Sekiranya terdapat kesilapan dalam nukilan saya ini,semoga anda dapat menegur saya.Sekiranya anda hendak berkongsi ilmu disini pun saya dengan berbesar hati mengizinkannya..

Tagboard



Old Entries


Credits



Template by Zahra & Jemima. Codes by
Fatin. Edit by Your Name. Image by WHI

Nabi Musa dan 70 ribu jemaah solat istisqa.


Assalamualaikum dan selamat malam kepada para pembaca.Baru baru ini,,negara kita sedang dilanda fenomena EL NINO dan alhamdulillah beberapa hari lepas telah diadakan solat istisqa(minta hujan) di seluruh negara.Cik moon tak ada niat nak kupas tentang fenomena tyang berlaku cuma cik moon teringat kisah pada zaman nabi dahulu.

Kawan kawan masih ingat lagi tentang kisah Nabi Musa dan 70 ribu jemaah(anggaran sahaja) telah mengadakan solah sunat istisqa.Pada zaman nabi musa itu telah berlaku kemarau yang sangat panjang.Oleh itu,Nabi Musa bersama sama jemaah yang lain melakukan solat istisqa agar Allah menurunkan hujan namun sebaliknya yang berlaku.Hujan tidak turun turun.

Kemudian,Nabi Musa berdialog dengan Allah. "Ya Allah,Kau selalu memperkenankan doaku."

Lalu Allah berkata kepada Nabi Musa."Antara kalian terdapat seorang yang melakukan maksiat selama 40 tahun dan tidak pernah bertaubat".

Setelah mendengar jawapan daripada Allah,Nabi Musa berkata kepada umatnya."Sesiapa diantara kalian yang melakukan maksiat selama 40 tahun diminta pergi kerana hujan tidak turun kerana orang ini."

Nabi Musa menunggu kalau kalau ada orang yang akan bangun namun tiada seorang pun yang bangun.Orang yang melakukan maksiat itu berasa bersalah kerana hujan tidak turun disebabkan dia.Dalam hatinya berkata"sekiranya aku bangun nanti aib aku yang aku simpan selama 40 tahun ini akan terbuka".Lalu,dia memohon keampunan kepada Allah .

Setelah itu,hujan turun tanpa diduga.Nabi Musa kehairanan kerana tiada orang yang bangun untuk beredar dari tempat itu namun Allah turunkan hujan.

Kemudian,Nabi Musa bertanya kepada Allah."Ya Allah,kenapa Kau turunkan hujan?".

Allah menjawab kepada Nabi Musa bahawa orang tersebut telah bertaubat.

Nabi Musa bertanya lagi kepada Allah."Bolehkah aku tahu siapakah orang itu?".

Allah menjawab "Sesungguhnya Aku tidak pernah membuka aibnya selama 40 tahun,adakah setelah dia bertaubat kepadaku Aku akan membuka aibnya?.
 Ya Allah.Betapa pentingnya kita dalam menjaga aib ni kan.Sebenarnya,cik moon nak berkongsi kisah ni saja tapi tiba tiba terdetik nak tulis pengajaran dalam kisah ini.

Wahai sahabatku,sesungguh Allah sangat menjaga aib kamu.Janganlah kamu membuka aibmu kepada umum walaupun kamu rasa ianya boleh dijadikan sebagai pengajaran.Simpanlah aibmu dengan sebaik mungkin dan simpanlah juga aib sahabatmu yang lain(sekiranya kamu mengetahui).

Sekian sahaja daripada cik moon.Assalamualaikum semua.








? Newer Post
Older Post ?


Older Post ?