Welcome
Tagboard Old Entries Credits Fatin. Edit by Your Name. Image by WHI
| Kita dan dia hanya manusia yang sentiasa melakukan dosa.. Hidup di dunia ini memang penuh onak durinya.Pelbagai tohmahan,kecaman,cacian dan hinaan daripada insan lain akan kita terima akibat perbuatan kita pada masa ini atau pada masa yang lampau.Mungkin apa yang kita lakukan itu memang salah pada pandangan mereka dan apa yang mereka perkatakan itu semua betul betul belaka.Tapi,pada hakikatnya mereka tidak sedar bahawa kita dan dia hanyalah manusia yang tidak akan pernah lari daripada kesilapan. Manusia yang beranggapan diri dia sudah baik tidak boleh memandang orang lain lebih hina daripada dia.Sebagai manusia yang sering melakukan dosa,dia seharusnya membantu rakan rakan yang lain untuk terus menjadi baik seperti dia atau lebih baik daripada dia. Entri kali ini cik moon nak tujukan kepada kita yang suka melabel manusia itu jahatlah,manusia ini jahatlah dan apa yang diri sendiri buat itu semua betul.Betulkan mindset dalam minda kita daripada berfikir itu dan ini.Kita tidak pernah melalui situasi yang dihadapi orang lain.Mungkin kita mendapat kesenangan sepanjang kita hidup dan mungkin dia duduk dalam kemiskinan sepanjang hidup. Tidak kisahlah sama ada insan yang kau label(sebagai jahat) itu adalah seperti pelacur,mat rempit,mak nyah dan sebagainya.Mungkin apa yang mereka buat itu sudah semestinya salah tetapi kita seharusnya memberi peluang kepada mereka untuk berubah.Kita tidak pernah tahu apa yang ada didalam hati mereka.Kau manusia yang baik.Kau didik dalam keluarga yang baik baik.Mungkin kau tak merasainya. Sebagai contoh,,seorang lelaki yang berubah menjadi perempuan(mak nyah)..Kita mungkin tidak tahu bahawa di dalam dia , dia sentiasa berdoa agar Allah akan kembalikan dia kepada jalan kebenaran.Kau nampak dia lembut lembut macam tu tapi sebenarnya didalam hati dia itu dia tengah berjihad untuk melawan nafsu dia.Nafsu yang telah membawa diri dia untuk cenderung menjadi seperti itu(mak nyah).Kadang kadang ejekan daripada rakan rakan dia sendiri juga telah menyebabkan dia menjadi macam itu.Apabila ego sudah menguasai diri,dia akan mula mencabar diri dia untuk menjadi apa yang dperkatakan oleh rakan rakannya.Itu semua tidak mustahil. Natijahnya,sekarang ini dia susah untuk menjadi diri dia yang asal.Jadi,sekiranya kita ada rakan rakan seperti ini,kita bantulah dia.Tak salah pun nak bantu dia.Kalau awak dapat ubah dia,itu dah kira baguslah.. Kalau dalam diri ini memang cepat suka menilai orang,banyakkanlah beristighfar.Mungkin pada waktu kita tengah menilai manusia itu,syaitan sedang berbisik ditelinga kita untuk kita berfikir bahawa dia ini orangnya jahat.Jadi,kita berdoalah sama sama agar kita semua menjadi orang yang sentiasa ingin berubah.kau dan aku sama sama pernah dinilai oleh insan lain.Jadi,kita semua sebenarnya adalah sama.Ingat ya semua. TERIMA KASIH KERANA MEMBACA ENTRI INI. ASSALAMUALAIKUM .. ? Newer Post
Older Post ?
|